Home » » Selayaknya Cinta

Selayaknya Cinta

 Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya. Terkadang kita sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setia kawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta. Cinta yang tulus ikhlas lahir dari sikap, perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata berlumur mutiara nan bersorban berlian yang teruntai dari bibir sang pencintai. Orang yang terlalu banyak berjanji saat dalam status cintanya sedang indah-indahnya adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri. Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran, bukannya pengorbanan membuta tuli.

Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami arti cinta sebenar. Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan. Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta. Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?” 
Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyadari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang

0 komentar:

Posting Komentar